“Perbelanjaan hidup saya jauh lebih besar daripada pendapatan, mungkin kami boleh dikatakan hidup berasingan.”
- e.e. Cummings
Jarang sekali kita mendengar orang bertanya kepada kita, “Bagaimana hubungan kamu dengan duit kamu?” Soalan ini agak sensitif tetapi secara jujur, jika anda diajukan soalan ini, bagaimana anda akan menjawapnya? Adakah anda berdua masih “bercakap” di antara satu sama lain, hidup berasingan atau yang lebih teruk lagi, “bercerai”? Memahami hubungan anda dengan duit amatlah penting dalam membantu anda menguruskannya dengan baik.
- o.k.. pada post-post yang seterusnya kita akan pergi dengan lebih detail mengenai hubungan kita dengan duit. ini satu topik yang menarik untuk kita bincangkan..
Wednesday, July 8, 2009
Tuesday, March 3, 2009
hari ini aku bersama kumpulan yang sangat hebat.. revolution network.. kenapa kumpulan ini hebat?? kita bincang lagi esok.. nntkan post saya esok..
Saturday, September 13, 2008
Helang Atau Tiram??
Pada suatu masa lalu, dua telur berbincang tentang
apa yang mereka ingin jadi bila mereka telah ditetaskan.
Telur pertama berkata, "Saya nak menjadi tiram bila
saya ditetaskan nanti. Tiram cuma duduk dalam air.
Ia tak perlu membuat sebarang keputusan.
Arus laut akan menggerakkannya, oleh itu ianya tak
perlu ada perancangan. Air laut yang melaluinya ialah
makanannya.
Apa sahaja yang laut berikan itulah yang tiram terima,
tak lebih dan tak kurang. Itulah hidup yang saya mahu.
Mungkin ianya serba kekurangan, tapi tak ada keputusan
yang perlu dibuat, tak ada tanggungjawab, cuma kewujudan
yang mudah yang dikawal laut.
Telur kedua berkata, "Itu bukan kehidupan yang saya
mahu. Saya nak jadi helang.
Seekor helang bebas kemana sahaja yang ia mahu dan
boleh buat apa sahaja yang ia mahu. Sudah tentu ia
perlu mencari makanannya sendiri dan perlu membuat
keputusan-keputusan untuk terus hidup, tapi ia bebas
untuk terbang setinggi gunung.
Helang mengawal keadaan dan bukannya dikawal oleh
pihak lain.
Saya tak mahu ada sebarang sekatan. Saya tak mahu
menjadi hamba laut. Oleh itu saya sanggup berkorban
untuk menjalani kehidupan sebagai helang."
Adakah anda ingin menjadi seekor helang atau tiram?

Monday, July 7, 2008
Tak payah la nak kaya-kaya sangat??
Hari ini saya akan bawakan kepada anda satu temubual yang telah berlangsung dengan jutawan muda kita iaitu jutawan internet Irfan Khairi. Jum kita lihat sesi temubual itu.:
Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang
saya ingin kongsikan bersama ketika saya menemubual beliau di
Radio24 (93.9FM) dalam rancangan "Jutawan! bersama Irfan Khairi":
IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak
payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan.
Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana
dalam bentuk kekayaaan ini?
Dato Dr Fadzilah Kamsah: Ini adalah salah satu perkara yang
seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama'-ulama' yang
mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana
pun beritahu kita yang kita ini adalah 'umattan wasata' ataupun kita
ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-
kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan
dengan cara yang silap.
Pertengahan itu dikatakan seperti "ala, kalau kita mati nanti pun
kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk
kubur". Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab
sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah
disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: "Allah amat kasih akan hambanya
yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang
terbaik ". Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.
Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita
sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita
lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?
Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama'-ulama'dan ulama'
mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan
seimbang iaitu 'balance'. Ianya juga membawa maksud bahawa kita
hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat
juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu
ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam
apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh
terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu
bukannya seimbang.
Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul
maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan
akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi 'jumud' atau terikat dengan
tekanan dengan kata-kata, "Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya". Itu
adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan
bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah
redha.
IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang
dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang,
pulangannya dalam bentuk wang juga akan jadi cemerlang juga.
*So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan
berkata-kata "buat apa lah nak kaya-kaya... bukan boleh bawak masuk
kubur pun...", anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah
Kamsah lagi

Saturday, May 24, 2008
Jangan Harap Bantuan Orang Lain Lagi
Hari ini pagi Ahad yang indah. Walau pun agak panas di area Pasir Gudang ni, apa-apa pun kita bersyukur sebab masih dapat menghirup udara pagi ni. Semalam di berita dah ada info yang paling orang ramai tak suka. Apa dia?? hah!! HArga minya dah melambung lebih dari 130 u.s setong. Peningkatan harga tertinggi dalam sejarah. Kerajaan pun dah nak kena rombak kira-kira subsidi baru untuk harga minyak. Apa yang nyata dan tidak dapat kita lari ialah, harga minyak di pasaran pasti akan naik lagi dalam masa terdekat. Pasti akan naik!! Dah tiada alasan lagi kerajaan nak tanggung subsidi yang kian meningkat. Dari sejarah kenaikan harga minyak di negara kita dah membuktikan. Walaupun kita pengeluar minyak, namun kita sendiri tidak dapat membuat apa-apa. Sebabnya ini semua adalah kawalan dari pasaran global. Kita tidak boleh buat ikut kepala sendiri ja.
Persoalannya?? Apa yang akan berlaku pada kita? Apa tindakan Yang kita harus lakukan??
Kesan ke atas kita terlalu banyak. Ekonomi kita akan semakin terjejas kesan dari kenaikan harga produk yang terlalu tinggi dan cepat di pasaran. Tetapi kenaikan kadar income kita adalah tidak selari dengan kenaikan produk. Jadi yang dah rasa selesa sekarang akan berasa kurang sedikit la.. dan yang dah memeang tersepit dengan beban keuwangan akan berasa lagi tertekan la. Info.. jangan terlalu tertekan. Sebeb stress adalah penyebab kematian terting damn penyakit yang paling tinggi di Malaysia.
Apa tindakan yang boleh kita buat? Pada pendapat saya, kita sudah tidak boleh lagi berharap, bergantung pada orang lain atau kerajaan untuk membantu kita dalam masalah keuwangan ni. Sebab sejarah membuktikan yang harga barang tidak akan pernah turun untuk kurangkan bebab kita. Yang ada hanya harapan untuk mengawal pasaran agar tidak akan ada kesempatan yang akan diambil oleh golongan peniaga. Kita yang perlu tingkatkan/tambah/kukuhkan income kita sendiri. Kita yang kena pikir bagaimana nak selesaikan masalah ini. Kita yang perlu bergantung pada diri kita sendiri. Kita yang perlu tingkatkan ekonomi kita sendiri.
Jadi bagaimana? Belajarlah dari ornag yang pakar denagn ekonomi dan pengurusan keuwangan. Belajar untuk duit bekerja untuk kita. Belajar bagaimana nak gandakan duit kita. Belajar buat perniagaan. Belajar untuk berubah jadi orang yang positif. Belajar untuk diri sendiri dan yakin diri sendiri pun hebat dan layak untuk jadi orang yang bebas dari masalah keuwangan.
Anda semua perlu tahu, bahawa terlalu banyak mekanizem yang boleh membantu anda di luar sana. Kita perlu ubah dan buang ego kita jauh-jauh. Terima pendapat orang lain dan buka hati untuk melihat peluang ygan ada. Pasti ini semua dapat membantu kita untuk tidak lagi bergantung pada orng lain. Tetapi kita sendiri yang menentukan berapa income yang kita mahu.
Pikir-pikirkan lah tenatang masa depan kita. Apa yang kita mahu dari masa depan. Kita sendiri yang menentukan bagaimana masa depan kita itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)