Saturday, April 7, 2007

Amanah Saham dan Hartanah

Punca pendapatan 3: Amanah Saham

Ini adalah cara terbaik untuk melabur pendapatan anda dan mendapat dividen atau pulangan yang tinggi untuknya. Anda boleh meletak duit dengan Amanah Saham Kerajaan yang sahamnya boleh dibeli di pejabat-pejabat pos atau anda juga boleh melabur dengan amanah saham seperti Punlic Mutual. Anda boleh ke mana-mana cawangan Public Mutual untuk mendapatkan malkumat yang lebih lanjut. Saya memeng menggalakkan anda melabur dengan cara ini kerana ianya selamat. Tetapi lagi sekali anda memerlukan modal yang agak besar untuk mendapatkan pulangan yang agak tinggi dengan cara ini.

Punca Pendapatan 4: Hartanah

Ramai Yang telah menjadi jutawan dengan cara ini. Ini adalah topik yang cukup panjang dan lebar. Saya tidak dapat menceritakan segala-segalanya di sini. Cuma yang pasti, rumah anda senderi boleh merupakan perniagaan hartanah anda yang pertama. Mungkin di masa akan datang saya akan ceritakannya dengan lebih lanjut lagi cara untuk menjadi kaya dengan hartanah. Buat masa ini anda boleh membeli salah satu buku Azizi Ali untuk mendapat maklumat dengan lebih lanjut..

0 comments: