Sebelum saya mulakan. Saya ingin membawa semua pelawat blog saya ke koleksi tudung yang paling hebat dan amat mudah untuk dipilih dan diperolehi. Anda semua boleh ke http://tudung-online.com/?ref=roswary
Rahsia #2 : Bagaimana Mahukan Surat Anda Dibuka Dan Paling Mustahak, Dibaca
Perkara yang terpenting ialah bentuk fizikal surat tersebut. Saya tahu anda sudah biasa dengan bentuk surat, tapi apa yang saya maksudkan ialah keseluruhan wajah surat tersebut. Pilih yang mana satukah surat yang akan anda buka dan baca ; surat yang alamatnya bertaip dan setem bercop atau surat yang bertulisan tangan dengan setem 30 sen yang sebenar? Orang tahu bahawa surat bertaip dan setem bercop adalah untuk menghantar bil, dan ramai orang yang tidak sukakan bil! Jika surat anda kelihatan sedemikian ada kemungkinan surat anda tidak akan dibuka, maknanya barang anda tidak laku!
Sampul surat yang putih dan kemas, dengan alamat bertulisan tangan yang cantik dan bersetem 30 sen, seolah-olah surat daripada kawan lama anda. Saya beri jaminan surat seperti ini akan dibuka dengan segera, sebab sifat manusia yang tidak sabar untuk mendengar berita daripada sahabat lamanya. Keduanya jangan tulis alamat pada permukaan surat. Ini adalah kerana jika mereka tidak mengenali siapa
anda (selepas membaca alamat anda) ada besar kemungkinan mereka beranggapan bahawa surat tersebut merupakan ‘surat sampah-surat berantai, surat meminta derma’, ini akan menyebabkan surat anda akan dibuang terus ke tong sampah. (Inilah sebabnya mengapa surat berantai tidak berjaya, hanya kurang 1 peratus yang percaya, 99 peratus yang menerimanya akan membuangnya terus ke tong sampah!)
Inilah pentingnya bentuk fizikal luaran surat anda. Anda hanya mempunyai beberapa saat sahaja untuk mereka membuat keputusan samada mahu membuka surat anda atau tidak!
Rahsia #3 : Surat Bermakna Tindakan
Brosur dan risalah iklan supermarket tidak akan berjaya. Biasanya apa yang anda lakukan apabila mendapat brosur dipeti surat anda? Kebanyakan orang akan membuangnya terus kedalam tong sampah. Mereka juga tidak memberi perhatian kepada surat-surat tersebut.
Apa yang anda perlukan ialah alat tindakan, dan surat sahaja yang boleh memberikan anda perkara sedemikian. Anda perlu mengambil kesempatan akan faedah gayapos untuk anda – komunikasi secara peribadi. Surat membolehkan anda bercakap satu persatu kepada prospek anda. Ini bermakna anda perlu menggunakan perkataan “saya” dan “anda” secara bebas dalam surat anda. Jangan menggunakan perkataan korporat “kami”.
Ingat hanya satu orang sahaja yang membaca surat anda pada satu masa. Duduk dan tulis dengan cara yang sama anda menulis kepada kawan lama anda menerangkan mengenai kebaikkan dan kelebihan tentang produk atau servis yang anda tawarkan. Mulakan surat anda dengan tajuk yang menerangkan faedah dan kebaikan produk. Prospek anda membuat keputusan untuk membaca atau tidak dengan melihat tajuk. Jika tajuk anda gagal menarik perhatian mereka dan membuat mereka untuk terus membaca, surat anda terus dibuang.Kesalahan yang paling besar anda lakukan ialah dengan meletakkan nama syarikat, besar dan jelas diatas kepala surat anda. Ini adalah kesalahan gayapos yang tidak boleh dimaafkan. Cuba anda fikirkan, setiap orang lebih pentingkan satu sahaja : *Apa yang penting untuk diriku*
Nama syarikat anda tidak menunjukkan apa-apa. Faedahnya boleh didapati melalui surat anda. Jadi letakkan nama syarikat anda dibahagian bawah surat anda.
Saturday, June 2, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)























0 comments:
Post a Comment