Rahsia #6 : Ujikaji
Melalui gayapos anda boleh mengetahui keberkesanan sesuatu tawaran itu dengan membuat ujikaji terlebih dahulu pada kumpulan yang kecil sebelum membuat penghantaran yang lebih besar. Walaupun anda rasa anda mempunyai satu idea hebat yang pasti meletup, anda perlu membuat ujikaji pada kumpulan kecil dahulu dan bukannya mengepos terus kepada 50,000 orang. Kemudian jika anda mendapat pulangan yang baik, barulah anda mencuba ke kumpulan yang lebih besar kerana kemungkinan untuk berjaya adalah tinggi.
Ujikaji yang munasabah ialah mengepos kepada 1,000 sehingga 3,000 nama, bergantung kepada senarai nama yang anda miliki. Anda masih boleh mencuba dengan beberapa ratus nama tetapi anda tidak mendapat keputusan berdasarkan statistik yang tepat. Walaupun begitu anda mendapat sedikit idea samada surat anda berjaya atau tidak.
Setelah anda mencipta surat jualan yang berkesan, surat ini dipanggil sebagai “surat kawalan” dan sekarang anda boleh menggunakan ujikaji untuk melihat jika anda boleh memperbaiki mutu surat tersebut. Caranya begini: Untuk pengeposan yang berikutnya anda tukarkan satu perkara/elemen contohnya tajuk , tawaran, harga dan sebagainya, dan kemudian anda bahagikan senarai nama anda kepada dua bahagian. Satu bahagian
menerima surat #1 (surat kawalan) dan sebahagian lagi menerima surat #2 (ujikaji baru) dan lihat yang manakah mendapat pulangan yang baik.
Saya jamin anda akan melihat perubahan apabila anda menggunakan ujikaji.
Tetapi untuk mengukur dengan tepat sejauh mana keberkesanan ujikaji anda perlukan rahsia #7 …
Rahsia #7 : Pengukuran
John Wannamaker berakta bahawa 50% daripada iklan mereka adalah satu pembaziran – tetapi mereka tidak tahu 50% yang mana satu. Tetapi sekarang setiap surat yang anda hantar boleh memberikan anda satu cara untuk mengukur pulangan yang telah anda laburkan. Dengan cara ini anda tahu samada dasar pemasaran anda berjaya atau tidak. Tidak seperti jenis iklan lain yang hanya menyebut nama produk anda, gayapos memberikan
anda cara mudah untuk mengukur hasilnya.Dengan menolak kos perbelanjaan (setem, fotostat, dan senarai nama) daripada jumlah pulangan emberikan anda keuntungan bagi setiap projek gayapos anda. nda mesti mengukur setiap surat atau telefon daripada setiap tawaran yang anda lakukan. Bagi setiap jikaji yang anda lakukan, tuliskan kod nombor yang unik pada setiap borang untuk memudahkan anda engetahui yang mana satukah surat yang lebih berkesan. engukuran adalah cukup kritikal, jika tidak anda sedang menembak dengan menutup mata. Anda tidak ahu yang mana satukah surat yang bagus atau gagal. Gunakan kod dan sekarang anda tahu surat yang ana memberikan pulangan yang lumayan.
Dengan menggunakan gayapos dalam kaedah pemasaran anda adalah satu cara terbaik untuk endapatkan pulangan yang lumayan dalam perniagaan anda. Dengan menggunakan 7 rahsia dalaman ni sudah pasti kempen gayapos anda akan berjaya dan memberi pulangan yang cukup lumayan.
Monday, August 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)























0 comments:
Post a Comment