Monday, April 30, 2007

Punca Pendapatan Internet

Punca Pendapatan 9: Pendapatan internet

Bagi orang yang bijak, internet juga dapat digunakan untuk memperolehi sumber pendapatan yang lumayan. Ini memang tidak asing lagi kerana ramai orang yang telah berjaya. Usaha yang sedang saya lakukan ini juga adalah untuk pendapatan melalui internet dengan cara perniagaan internet. Banyak sebenarnya sumber-sumber pandapatan yang ditawarkan di internet. Kita akan berbincang dengan panjang lebar tentang topik ini.

Mengapa memilih perniagaan internet??

Cara termudah dan paling cepat untuk menjana pendapatan yang berganda. Kita lihat apa kelebihan internet seperti yang dikatakan tadi mudah dan cepat.

Mudah dan murah untuk berkomunikasi.

Dalam dunia bisnes tradisional anda perlu beri kad bisnes kepada orang ramai. Tatapi, dunia internet anda dapat sampaikann maklumat tentang perniagaan anda kepada beribu-ribu manusia dari bilik tidur anda saja. Dalam bisnes tradisional anda perlu letak kain rentang dan hantar flyers untuk memberitahi orang ramai. Berlainan sekali dengan perniagaan inernet, satu email sudah cukup untuk memberitahu orang ramai mengenai perniagaan atau produk yang anda ingin jual.

Anda Tahu Guna Komputer?? Gunakannya untuk cari wang!!

Untuk membuat pendapatan internet tidak sesusah yang dijangkakan. Lihat saja blog yang saya hasilkan ini. Di kanan dan bawah terdapat benner-benner yang menempatkan produk-produk yang telah saya sediakan untuk anda. Ini adalah produk awalan saya. Di masa dapan saya akan list kan lebih banyak produk untuk jana pendapatan dan informasi yang dapat digunakan untuk jana wang. Anda tidak akan rugi dengan memperolehi informasi, kerana anda dapat gunakannya sepanjang hayat anda walau di mana anda berada. Untuk pengetahuan anda, ilmu dan idea saya untuk membuat pendapatan di internet bermula dengan tidak sengaja apabila klik pada benner Misi Jutawan.Dengan e-book yang saya perolehi telah membuka minda saya yang selama ini saya tidak sedari tentang keupayaan internet. Dan sebagai permulaan projek saya lihatlah dengan penghasilan blog ini. Selain itu saya juga telah didedahkan dengan perniagaan gaya pos (akan dibincangkan kemudian) dan saya menjalankannya sebagai sumber jana wang yang kedua.

Nantikan post saya yang seterusnya.. saya akan dedahkan pada anda tentang pandapatan di internet dengan lebih lanjut..

p.s: kita tidak menyesali dengan apa yang kita lakukan, tapi kita akan menyesal sekiranya kita tidak sempat melakukan. Kehidupan yang tiada inpian adalah kehidupan yang mati sebelum kita mati.

Friday, April 20, 2007

Agen Insuran dan Memberi Seminar.

Punca Pendapatan 7: Agen Insuran

Saya kenal ramai kawan-kawan yang menjadi agen insuran dan menjana sehingga RM20,000 sebulan. Mereka hanya perlu berjumpa orang dan menceritakan produk-produk insuran kepada mereka. Sekarang ini, rakyat Malaysia semakin canggih dan memerlukan produk insuran untuk melindungi mereka. Pergi ke mana-mana cawangan takaful dan minta mereka bagaimana untuk menjadi seorang agen insuran.

Punca Pendapatan 8: Memberi Seminar.

Jika anda ialah saya, memang saya kurang menggemari memberi seminar kerana saya kurang yakin brcakap di hadapan orang ramai. Tetapi saya kenal secara sendiri kawan-kawan saya yang memberi seminar dan menjana paling kurang RM100,000 sebulan! Dia hanya cakap 2 kali dalam senminggu sahaja. Ini memang perniagaan yang cukup menguntungkan tetapi anda perlu mempunyai keyakinan dan kemampuan untuk bercakap di hadapan orang ramai.

Thursday, April 12, 2007

Jualan Langsung dan Perniagaan Mail Order

Punca Pendapatan 5: Jualan Langsung

Cara yang bagus, mudah dan murah untuk menjana pendapatan. Cuma anda perlu rajin dan bekerja keras pergi dari rumah ke rumah dan kawan ke kawan. Apa yang saya nampak untuk perniagaan jualan langsung, anda memerlukan team leader atau mentor yang kuat untuk berjaya. Banyak syarikat yang menawarkan untuk perniagaan ini. Antaranya yang sudah pun terkenal ialah Amway. Ia memang sudah lama bertapak dan boleh dipercayai. Bila anda menyertai organisasi seperti ini, anda akan memperolehi banyak pengalaman berharga dan berguna.

Punca Pendapatan 6: Perniagaan Mail Order

Ini adalah perniagaan yang cukup bagus dan boleh dimulakan oleh sesiapa sahaja. Ada beberapa faktor yang penting yang perlu dilakukan. Anda perlu menulis sebuah buku atau menjual mana-mana buku yang memberi hak jualan semula. Kemudian anda perlu ada sedikit modal untuk membuka sebuah syarikat sole proprieter, membuka sebuah PO BOX, membuka akaun Maybank dan akhir sekali modal untuk iklan di akbar-akbar harian. Ini adalah satu perniagaan yang bagus di masa-masa terdesak. Ramai yang inginkan maklumat tentang berbagai topik samaada bagaimana untuk membina laman web, menjana wang di internet, ataupun cara-cara memasak sekalipun. Anda hanya perlu menawarkan produk ini kepada mereka. Sudah pasti mereka akan membayarnya. Cuma nasihat saya ialah jual lah barangan yang berkualiti sahaja.

Saturday, April 7, 2007

Amanah Saham dan Hartanah

Punca pendapatan 3: Amanah Saham

Ini adalah cara terbaik untuk melabur pendapatan anda dan mendapat dividen atau pulangan yang tinggi untuknya. Anda boleh meletak duit dengan Amanah Saham Kerajaan yang sahamnya boleh dibeli di pejabat-pejabat pos atau anda juga boleh melabur dengan amanah saham seperti Punlic Mutual. Anda boleh ke mana-mana cawangan Public Mutual untuk mendapatkan malkumat yang lebih lanjut. Saya memeng menggalakkan anda melabur dengan cara ini kerana ianya selamat. Tetapi lagi sekali anda memerlukan modal yang agak besar untuk mendapatkan pulangan yang agak tinggi dengan cara ini.

Punca Pendapatan 4: Hartanah

Ramai Yang telah menjadi jutawan dengan cara ini. Ini adalah topik yang cukup panjang dan lebar. Saya tidak dapat menceritakan segala-segalanya di sini. Cuma yang pasti, rumah anda senderi boleh merupakan perniagaan hartanah anda yang pertama. Mungkin di masa akan datang saya akan ceritakannya dengan lebih lanjut lagi cara untuk menjadi kaya dengan hartanah. Buat masa ini anda boleh membeli salah satu buku Azizi Ali untuk mendapat maklumat dengan lebih lanjut..

Monday, April 2, 2007

Pelbagai Punca Pendapatan

Saya telah cerita sebelum ini bagaimana teori-teori bagaimana kita boleh mencapai apa-apa matkamat kita dan juga melakukan apa yang biasa dilakukan oleh orang yang berjaya. Sekarang kita akan lihat pula pelbagai cara-cara mudah untuk menjana pendapatan. di sini kita hanya bincangkan punca pendapatan yang hanya memerlukan modal yang kecil.

Punca pendapatan 1: Pasaran Saham

Ramai yang agak takut memasuki pasaran saham. Tetapi hakikatnya, ramai di Malaysia yang telah menjadi kaya atau menjadi jutawan dengan pasaran saham. Kalau kita lihat dari segi analisa, banyak saham-saham yang kukuh seperti TNB, Telekom semua telah naik dari 10 tahun lepas. Jadi lambat laun anda boleh menjana wang dengan memasuki pasaran saham. Cuma anda memerlukan modal yang lebih sedikit untuk mencuba kaedah ini. Cara untuk memulakannya adalah mudah sahaja, pergi ke mana-mana broker saham di kawasan kita dan minta untuk membuka akuun untuk membeli saham. Saya kurang menggalakkan anda bermain saham dengan duit simpanan kita. Gunakan wang lebihan sahaja.

Punca pendapatan 2: Public Issue atau IPO (Initial Public Offering)

Sama juga seperti di atas tetapi kali ini kebarangkalian untuk mendapat keuntungan adalah lebih besar. Anda boleh memohon saham IPO ini apabila ada tawaran keluar di akhbar. Lagi sekali kita memerlukan modal yang besar untuk ini. Gunakan wang lebihan sahaja untuk tujuan ini.

Sampai di sini sahaja untuk kali ini.. Untuk post seterusnya kita akan bincangkan lagi tentang pelbagai lagi punca-punca pendapatan.. nantikan k..