Pihak saintis barat telah lama mengkaji akan kekuatan minda dan kaitannya
dengan kuasa yang dimiliki apabila wujud kepercayaan dan keyakinan. Kebolehankebolehan
ini boleh dilakukan oleh semua orang tidak kira agama kerana minda
mereka mempunyai kepercayaan dan keyakinan untuk melakukannya.
Pada November 2004, siaran Discovery, ada menyiarkan sebuah dokumentari
bertajuk “Electric Man”. Rancangan tersebut mendokumenkan seorang pelukis
biasa bernama Janusz Kowzalaski boleh memadam lampu jalanan dengan hanya
kekuatan fikiran. Keistimewaan beliau sedang dikaji dengan serius oleh pakarpakar
saintis barat kini.
Kejadian manusia mempunyai kuasa elektrik telah lama di dokumenkan sejak awal
1846, di dalam jurnal sains Perancis, Jurnal des Débats (February 1846). Jurnal
tersebut mendokumenkan fenomena 10 hari yang dialami oleh seorang kanakkanak
perempuan Perancis berusia 14 tahun bernama Angelique Cottin yang
mampu mengeluarkan kuasa elektrik dan menggerakkan objek-objek
persekitarannya.
Seorang lelaki cina di Perak mempunyai kuasa magnet ditubuhnya, di mana
peralatan-peralatan logam seperti sudu, sterika, paku dan sebagainya melekat ke
tubuh badan beliau.
Ustaz Arief di Ampang, Selangor mempunyai keistimewaan yang dipelajari
dimana beliau boleh menyalakan mentol lampu hanya dengan memegang mentol
tersebut dan pernah dipertontonkan di rancangan televisyen ‘Asia Hebat’ . Menurut
ustaz tersebut tiada unsur-unsur yang menyalahi agama, kerana sememangnya
tenaga istimewa ini wujud di dalam setiap manusia cuma anda perlu pelajari
tekniknya. Tenaga istimewa ini sentiasa wujud di alam maya untuk digunapakai
oleh manusia. Kebolehan beliau membuktikan kepada manusia lain agar terus kaji
dan mengkaji keistimewaan minda ini.
Dan jangan pelik kerana kuasa elektrik sememangnya wujud semulajadi pada belut
elektrik yang tinggal di dalam sungai Amazon. Belut ini dapat menghasilkan arus
elektrik sebesar 500 volt per sekitar 2 amper. Kira-kira kekuatannya melebihi yang
digunakan oleh sebuah TV kecil..
Namun semua kebolehan luarbiasa tersebut adalah kerana Allah telahpun
menyediakan kuasa tersebut menerusi alam yang boleh digunakan jika minda kita
percaya dan yakin akan boleh dilakukan. Allah Maha Pemurah membenarkan tidak
kira sesiapa sahaja (muslim atau tidak) menggunakan tenaga yang tersedia
tersebut, namun terpulang kepada mereka menyandarkan kesyukuran tersebut. Jika
mereka menggunakan tenaga tersebut dan berterima kasih kepada makhluk halus
(jin dan syaitan) adalah perbuatan syirik yang tidak diampuni Allah SWT, walhal
kuasa tersebut adalah tenaga yang disediakan oleh Allah SWT dan sentiasa wujud
tersembunyi di dalam alam maya untuk dikaji dan akhirnya boleh dimanafaatkan
oleh kita.
Saturday, March 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)























0 comments:
Post a Comment