Sunday, March 16, 2008

MLM Kerjaya Mulia?

MLM adalah satu kerjaya mulia, perkataan MLM tidak perlu diberi definasi lagi, kerana ia bukanlan satu bidang baru di Malaysia. Walaupun begitu masih ramai lagi yang tidak mendapat gambaran sebenar tentang MLM. Ada yang masih beranggapan NEGATIF terhadap konsep perniagaan MLM.
Mereka mempunyai tanggapan negatif kerana pada kali pertamanya mungkin mereka terdedah kepada satu pengalaman yang negatif, mereka gagal atau mungkin juga mereka terdedah kepada pengalaman-pengalaman dari kawan-kawan mereka yang menjalankan MLM secara tidak beretika. Jadi sudah pasti mereka juga terpengaruh dengan perasaan negatif, lalu mereka menganggapkan MLM adalah negatif..
Melalui blog ini, saya cuba untuk menyampaikan gambaran sebenar tentang perniagaan MLM. Saya ingin memetik kata-kata salah seorang Jutawan MLM di Amerika yang bernama John Campbell Michigan dalam bukunya bertajuk “Why I joined MLM”. Beliau merupakan seorang pensyarah di salah sebuah Universiti di USA.. katanya..
” Melalui MLM saya begitu bangga, kalau di Universiti saya hanya mengajar murid yang sudah pandai semata-mata untuk mendapat segulung ijazah, tetapi kini saya begitu bangga kerana melalui MLM saya dapat membantu begitu ramai orang yang dahulunya “kosong” kini melalui bimbingan saya mereka boleh mencapai impian mereka”.
Cuba lihat… beliau rasa melalui MLM, tugasnya lebih mencabar kerana kita terpaksa berhadapan dengan masyarakat, membimbing mereka yang dahulunya tiada pekerjaan atau tiada pendidikan tinggi sehingga mereka berjaya mencapai impian mereka berbanding dengan semasa di Universiti yang mana mereka yang mesuk ke universiti adalah terdiri dari mereka yang sudah di tapis dari segi kepandaian akademik mereka.
Yang penting sekali, setiap apa yang kita lakukan mestilah ikhlas ingin mencari pendapatan sebagai fardu, ingin menolong kawan dengan membantu dari segi produk kesihatan, peluang perniagaan, kerjasama dan sebagainya.
Dari segi produk kesihatan, apa yang saya lihat ianya banyak membantu usahawan-usahawan atau masyarakat diluar yang sudah “fade up” mendapat rawatan dari hosital, tetapi akhirnya melalui produk pemakanan kesihatan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kronik. Sudah banyak testimoni yang saya perolihi dari rakan2 seperti penyakit kencing manis yang telah disahkan oleh hospital tidak boleh diubati melainkan hanya “memotong” anggota yang bernanah seperti kaki contohnya. Melalui pemakanan kesihatan, dalam masa beberapa minggu sahaja boleh menampakkan kesan positif.
Dari segi kekayaan atau peluang perniagaan, saya dapati MLM ialah satu-satunya peluang bagi orang-orang yang “dhaif” untuk mengubah kehidupan mereka dan seterusnya menjadi “orang kaya”. Jika anda berjumpa dengan saya, saya pasti boleh “tunjuk” satu persatu siapakah yang saya maksudkan. Jika dahulu mereka ini hidup serba kekurangan, gaji kecil, bahkan ada yang tak berpelajaran tinggi, bagaimana untuk mendapat gaji yang lebih besar..? Bagi yang sudah sedar dan mereka bertindak melalui MLMlah satu-satunya memberi mereka peluang untuk “naik”. Bagi mereka yang berpelajaran tinggipun, tak mungkin boleh menjadi kaya jika mereka memilih untuk makan gaji atau menjadi kuli. Walau setinggi mana pangkat kita pun, selagi kita makan gaji.. saya definasikan ianya sebagai kuli. Untuk berniaga sudah pasti memerlukan modal yang besar.. bagi saya yang serba kekurangan, maka impian untuk berniaga terkubur disebabkan tiada modal, tiada kenalan untuk mendapatkan perniagaan (business contact), maka MLM lah menjadi pilihan…
Melalui MLM juga saya dapat membina rangkaian seluruh negara. Hampir setiap negeri kita mempunyai rakan kongsi perniagaan, pendek kata anda tak akan sesat atau berlapar jika anda pergi kemana-mana sahaja di seluruh Malaysia, sebab disetiap penjuru anda mempunyai rakan perniagaan. Hubungan sesama rakan kongsi adalah sangat erat, bahkan lebih erat dari hubungan antara adik beradik sendiri.. inilah kehebatan rangkaian perniagaan… MLM kerjaya mulia… Saya amat bangga bukan kerana saya mendapat pendapatan besar, tetapi saya merasa BERJAYA apabila saya dapati, orang-orang yang dahulunya SUSAH, MISKIN atau SAKIT tetapi kini, setelah menyertai MLM bersama saya, mereka dapat mengubah kehidupan mereka dari keadaan dahulu kepada yang lebih baik… Alhamdulillah.. .

0 comments: