Saturday, September 13, 2008

Helang Atau Tiram??

Pada suatu masa lalu, dua telur berbincang tentang
apa yang mereka ingin jadi bila mereka telah ditetaskan.

Telur pertama berkata, "Saya nak menjadi tiram bila
saya ditetaskan nanti. Tiram cuma duduk dalam air.
Ia tak perlu membuat sebarang keputusan.

Arus laut akan menggerakkannya, oleh itu ianya tak
perlu ada perancangan. Air laut yang melaluinya ialah
makanannya.

Apa sahaja yang laut berikan itulah yang tiram terima,
tak lebih dan tak kurang. Itulah hidup yang saya mahu.

Mungkin ianya serba kekurangan, tapi tak ada keputusan
yang perlu dibuat, tak ada tanggungjawab, cuma kewujudan
yang mudah yang dikawal laut.

Telur kedua berkata, "Itu bukan kehidupan yang saya
mahu. Saya nak jadi helang.

Seekor helang bebas kemana sahaja yang ia mahu dan
boleh buat apa sahaja yang ia mahu. Sudah tentu ia
perlu mencari makanannya sendiri dan perlu membuat
keputusan-keputusan untuk terus hidup, tapi ia bebas
untuk terbang setinggi gunung.

Helang mengawal keadaan dan bukannya dikawal oleh
pihak lain.

Saya tak mahu ada sebarang sekatan. Saya tak mahu
menjadi hamba laut. Oleh itu saya sanggup berkorban
untuk menjalani kehidupan sebagai helang."

Adakah anda ingin menjadi seekor helang atau tiram?

0 comments: