Wednesday, January 16, 2008

Mencari Peluang Perniagaan??

Saya sendiri dahulu memang sentiasa memikirkan untuk membuat perniagaan sendiri. Saya pasti kita semua memang ada cita-cita sebegini. Sebabanya kita pun memang tahu bahawa 9 daripada pintu rezeki ialah dari alam perniagaan bukan? Jadi, saya banyak melakukan kajian dan berkawan dengan ramai golongan-golongan usahawan yang berjaya. Kita perlu berkawan dengan golongan berjaya sebab banyak ilmu akan dapat kita ambil dan ianya sangat berguna untuk memilih perniagaan yang terbaik. Dengan berpandukan 3 ciri-ciri perniagaan yang telah saya berikan pada post sebelumni, mungkin ada diantara anda sudah dapat tangkap jenis dan produk bagaimana untuk diusahakan. pastikan ambil apa yang tengah meletup di negara maju, dan kita mulakan perniagaan itu di sini. Jadi orang yang terawal. Pada post seteruanya.. saya akan beri tumpuan pada jenis perniagaan yang dapat dijalankan oleh semua golongan. Tidak kira orang itu berpendidikan tinggi atau rendah. Terpenting sekali kita ada kemahuan yang tinggi untuk berubah. Perniagaan yang tidak memerlukan modal yang sangat tinggi. Perlu diingat.. Ciri ke-3 perniagaan terbaik adalah modal yang rendah, tapi untung yang besar..

Thursday, January 10, 2008

Ciri Perniagaan Yang Terbaik

kali ini saya akan berikan satu ilmu yang sangat baik. ini dapat membantu kita untuk dapatkan satu bisnes yang terbaik. sebab, untuk dapat bisnes yang terbaik sebenarnya mempunyai 3 ciri yang utama. jika kita dapat mencari bisnes yang ada ciri ini, saya pasti, bisnes kita pasti akan berjaya. iniu perlulah diiringi denagn pengorbanan masa dan tenaga. ok la.. 3 ciri bisnes yang terbaik itu adalah:

1) pastikan produk yang diniagakan masih baru. masih belum ada orang lain menjualnya. di sini kita adalah yang pertama menjalankan bisnes kita. bagi saya, sebenarnya senang sahaja untuk dapatkan produk yang baru untuk pasaran dalam negara kita ni. kita hanya perlu toleh ke negara maju, dan tengok apakah produk yang tengah meletup. kita hanya perlu bawak produk dari sana dan pasarkan di sini. pasti bisnes kita akan diterima kerana pengguna akan sentiasa ikut peredaran dan tren semasa.

2) pastikan bisnes yang kita jalankan masih kurang pesaing ataupun masih tiada pesaing.

3) bisnes yang kita buat hanya bermodalkan rendah, tapi untung yang kita dapat adalah sangat besar.

Tuesday, January 8, 2008

Kembali Semula

Assalammualaikum dan selamat sejahtera pada semua pelawat yang dihormati.. sudah lama kita tidak muncul dalam blog saya kan. ok.. kali ini saya telah kembali dengan semangat yang baru. suatu yang sangat membara sekarang. kehilangan saya yang agak lama sebenarnya adalah kerana saya telah pergi mempelajari ilmu untuk menjana wang dengan lebih berkesan. daripada apa yang saya pelajari.. saya akan kongsi dengan anda semua, agar kita semua akan berjaya dalam apa jua bidang yang perniagaan dan menjana wang dengan lebih berkesan. jumpa lagi pada hari akan datang dengan tips yang sangat hebat.