Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi bebas kewangan
atau kewangan mandiri.
Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi
jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun,
sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud
bebas kewangan?
Bebas kewangan adalah apabila pendapatan resedual (passive income)
kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun
kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung
perbelanjaan bulanan.
Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000,
kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.
*Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000- ini memberi
pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.
*Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan
kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari
sewa rumah adalah RM1,000
*Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yang
memberi pulangan RM1,500 sebulan
Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100
sebulan. Dengan ini, anda telah menjadi kewangan bebas kewangan!
Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!
Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk
menjadi jutawan adalah lebih mudah!
Thursday, February 28, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)






















