Saturday, April 19, 2008

Tips Keuwangan Berguna

Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk simpan 10%
daripada pendapatan kita. Konsep "Pay yourself first!"

Adakah anda melakukan ini?

Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik The Richest Man in
Babylon, yang mengatakan untuk simpan apa sahaja pendapatn harta
kita 1/10 bahagian. Zaman kini, kita gunakan 10%.

Bagi mereka yang tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh kerana
ia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam tahun-tahun akan
datang. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, mungkin selama ini
terasa, hendak simpan 10% daripada pendapatan amat sukar. Sebab
hujung bulan, memang habis semua duit, tak sempat menyimpan pun!

Jadi bagaimana?

Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan 10% dari
pendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja. Sekiranya pendapatan
RM2,000, simpan RM20 sahaja. Takkan simpan RM20 tak boleh?

Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa dengan menyimpan 1%,
naikkan kepada 2%. Menjadi RM40 sebulan. Teruskan sehingga 3%... 4%...
berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini, dalam 1 tahun,
anda akan rasa selesa menyimpan 10% daripada pendapatan anda.

Sekiranya tidak boleh menyimpan 10% kerana terasa amat sukar, tidak
mengapa, mulakan dengan 1% sahaja dulu. Sikit-sikit, lama-lama jadi
bukit!

Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat gaji, terus simpankan %
tu terlebih dahulu. Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2
tanggungan hidup

Anyway, pagi tadi saya memberi tip kewangan mengenai asas
pelaburan. Asas pelaburan yang amat penting untuk semua ketahui
adalah konsep "compounding".

Compounding adalah konsep yang paling penting untuk anda fahami dan
manfaatkan oleh kerana ia adalah kunci kekayaan & kebebasan
kewangan.

Maksud compounding adalah wang yang anda laburkan, dan menerima
pulangan pelaburan, akan berkembang dan menerima pulangan pelaburan
pada tahun-tahun yang akan datang.

Maksudnya, sekiranya anda laburkan RM100 sahaja pada pelaburan yang
memulangkan 10%, RM100 itu akan menjadi RM110 tahun depan. RM121
tahun selepasnya. RM133.10 tahun berikutnya... dan seterusnya.

Dalam masa 7 tahun, pada pulangan 10%, wang anda akan berganda 2.

*Kalau RM100, sekiranya anda tidak sentuh, akan menjadi RM200.

*Kalau laburkan RM1,000 dan tidak disentuh selama 7 tahun, ia akan
menjadi RM2,000!

*Bayangkan bagi mereka yang sedia kaya, dan mempunyai RM1 juta. Di
biarkan selama 7 tahun, pada kadar pulangan 10% akan menjadi RM2
juta! Ini barulah maksudnya duduk rumah, goyang kaki! Ini antara
sebab mengapa yang kaya menjadi semakin kaya- mereka memahami
konsep penting COMPOUNDING!

Jadi, simpanan anda bulan-bulan 10% (pay yourself first),
laburkannya untuk mendapat pulangan 10% pula. Dan segala simpanan
anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun!

Laburkan secara selamat dan halal melalui institusi kewangan
yang sah :)

~WW Bersama Dr Irfan Khairi, Astro